Articles tagged with: Lifestyle

Kuasa IKLAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semalam saya dok baca Mingguan Wanita.. fuhhh… punyalah banyak IKLAN ye?
Nasib baik artikel-artikel dalam MW pun tak sedikit… kalau artikel sikit dibandingkan dengan IKLAN… memang jawabnya jadi majalah iklan je lah MW nanti…

Anyway.. apa yang saya nak kongsi di sini ialah berkenaan IKLAN itu sendiri…
Memang sebenarnya kalau kita nak cari idea perniagaan, kita boleh tengok pada iklan-iklan sebegini…

Sebab apa?.. Sebab iklan-iklan macam ni sebenarnya menunjukkan bahawa peniaga ada pasaran yang luas dah sentiasa mahukan sesuatu… So, pada sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dengan perniagaan dan tengah mencari idea nak bisnes apa… boleh la tengok iklan-iklan macam dalam MW ni atau majalah-majalah lain…

Saya tulis pasal MW sebab kebetulan saya baca MW semalam…sebab tu saya jadikan contoh..

Kesimpulan saya = IKLAN = PASARAN = PENDAPATAN … kacchinnnnggg…  🙂

 

Terima kasih.