Articles tagged with: mood untuk menulis

Pentingnya MOOD Dalam Penulisan Ebook

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Dah lama tak menulis.. sampaikan nak cari idea pun susaaahhhh… 🙂

Anyway, salah satu cara nak mula menulis ebook / blog / buat kerja apa sekalipun.. mestilah kena ada MOOD..

Penulisan/produk digital yang berkualiti terletak pada maklumat / info yang di jual. Berbaloi atau tidak membeli produk penulisan/digital bergantung kepada kekemasan dan ketepatan maklumat yang ada di dalam produk tersebut. Kadangkala, kita terlalu memberi fokus pada surat jualan, minisite, ecover, emel follow up sehinggakan kita terlupa kepada cara menulis atau mengeluarkan produk itu sendiri.

Sedangkan, apa yang kita akan jual adalah produk digital itu sendiri. Jadi, fokus anda perlulah pada kandungan di dalam ebook itu sendiri. Teknik penulisan perlulah sentiasa kemas dan tepat dengan tujuan anda menulis ebook. Namun, untuk menghasilkan penulisan yang baik, bukanlah mudah.

Fokus adalah penting ketika menulis. Fokus datang dari mood yang baik. Mood yang baik mampu menenangkan minda dan ia membolehkan minda itu sendiri menjadi kreatif untuk menulis. Menulis adalah kemahiran teknikal. Ini bermakna ia perlu di asah untuk di tajamkan kemahirannya.

Untuk memudahkan anda menulis ebook yang baik kualitinya, saya cuba senaraikan tiga cara untuk menenangkan fikiran dan mencari mood ketika menulis.

1. Rehat dan cari ketenangan

Menulis bukanlah seperti mengambil peperiksaan, anda boleh rujuk kembali bahan kajian anda tanpa melakukan kesalahan apa-apa. Jika anda rujuk dan masih tidak dapat cari jalan penyelesaian. Anda tenangkan diri dan berehat sebentar. Selepas segala diri anda tenang, sambung kembali aktiviti menulis anda.

2. Fikir berlawanan

Fikir berlawanan dari yang sepatutnya. Jika anda kehabisan idea, cuba jadi seorang manusia yang sekreatif mungkin. Contohnya, cawan di gunakan untuk meminum, kreatifkan minda anda dengan memikirkan kegunaan cawan untuk tujuan selain minum.

3. Terapkan personaliti

Jika anda tiada mood untuk memulakan penulisan, cuba terapkan sedikit personaliti untuk mencari mood. Katakan anda ingin jadi kaya dan anda mahu menjana pendapatan melalui jualan ebook, anda boleh terapkan keinginan dan angan-angan anda itu di dalam minda. Ambil mood dari khayalan anda itu dan mulakan penulisan dengan segera. Di samping angan-angan, anda juga boleh mengambil mood dengan mendengar lagu kegemaran anda. Muzik sentiasa boleh memberi rangsangan kepada minda kita.

 

Amacam? Saya harap tips ringkas di atas dapat membantu saudara/saudari untuk mencari mood dan seterusnya mula menulis.

 

Terima kasih! 🙂 dan jumpa lagi.